Sunday

Asam Pedas Sedap

Assalammualaikum semua :)
 Pejam celik pejam celik cepatnya masa dah berlalu.Kini dah dua bulan lebih KnP dirikan rumah tangga sejak nikah September yang lalu. Bila dah jadi isteri ni, tanggungjawab makin berat dan makin rajin ke dapur untuk mencuba pelbagai resepi. Pikat hati suami la katakan :p Lagipun hari ni ahad cuti,jadi ada banyak masa untuk cuba resepi baru buat santapan keluarga.

Tak sabar sangat nak bergraduasi dan pulang ke tanah air tahun depan insyaallah.Disebabkan hati sudah rindu sangat akan masakan Malaysia, jadi untuk makan malam sengaja nak masak Asam Pedas Seafood buat pengubat kempunan akan rasa Malaysia.Resepi ini dirujuk di azie kitchen dan juga intai dapur ye. :) Boleh la ubah resepi sikit ikut selera dan bahan yang terhad di Jepun.Resepi ini saya masakkan dengan sotong sekali jadilah Asam Pedas Seafood. Hihi.

Bahan A:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1/2 inchi halia dan kunyit hidup

Bahan B:
1 kuntum bunga kantan (tak jumpa di jepun)
7-8 sudu besar cili kisar
2 batang serai diketuk
1 sudu besar asam jawa dibancuh air
minyak masak
bendi dipotong separuh
tomato belah 4
ikan/seafood
3 tangkai daun kesum (tak jumpa di jepun)

Cara-cara:
1.Kisar kan semua bahan A dengan sedikit air.Panaskan minyak(tenggelam bahan A) dan tumis bahan A sehingga garing dan pecah minyak.
2.Masukkan cili kisar dan serai tumis sehingga naik bau dan garing.
3.Masukkan air asam jawa dan daun kesum dan biarkan masak sehingga didih.
4.Masukkan ikan/seafood dan bunga kantan, biarkan masak selama lima minit.
5.Masukkan bendi dan tomato dan masak sehingga sayur separuh lembut.
6.Masukkan gula dan garam sehingga cukup rasa.
7.Hidangkan..!! :)

Bila di Malaysia pun, keluarga selalu makan Asam Pedas terutamanya Asam Pedas Ikan Pari.Jelesnya bila mama hantar gambar lauk pauk dan selalu ada masakan asam pedas yang menjadi kegemaran Qiqi.Bila teringat balik, selalu juga rebut bendi dan tomato dengan mama.. hihi..

Asam Pedas ni ada orang kata kalau masak dua -tiga jam sebelum makan lagi sedap sebab rasa Asam Pedas nya resap cukup ke dalam ikan dan sayur.Bila nak makan cuma perlu panaskan balik je. Sedap sangat sangat bila makan dengan nasi putih dan telur dadar.!! Memang rasa Malaysia betul...!!!

Selamat mencuba.. :)

No comments: