Serba sedikit tentang Jepun...
Sebagai perbandingan, keluasan Malaysia sekitar 330,803 km persegi dengan penduduk nye berjumlah 32 juta orang..
Jepun mempunyai 47 prefectures (wilayah), dengan ibu negeri nya di Tokyo.
Seperti mana di Malaysia, kita mempunyai pantai timur, lembah klang, negeri utara dan selatan serta tidak lupa juga negeri-negeri borneo, Jepun juga boleh di klasifikasikan kepada 4 kawasan atau kepulauan besar .
Hokkaido, Honshu, Kyushu dan Shikoku.
Berikut dilampirkn peta rajah dan sedikit info tentang pulau-pulau tersebut.
Sinonim dengan nama yang diberi, 北(hok)=utara, 海(kai)=laut,道(dou)=wilayah,
Hokkaido merupakan pulau dan negeri yang paling utara sekali di Jepun dan Sapporo adalah ibu negerinya.
Hokkaido juga digelar 雪国(YukiGuni)=negara salji , kerana saban tahun sering menerima turunan salji yang banyak di Jepun.
Terkenal juga dengan 雪祭り(YukiMatsuri) =Festival Salji , dan jika anda penggemar sukan ski dan snowboarding, anda berpeluang dapat bermain salji ketika musim panas !!
Honshu (本州)
Honshu ataupun tanah besar Jepun merupakan pulau yang terbesar sekali di Jepun.Honshu juga merupakan pulau yang menempatkan 3 bandar terbesar di Jepun, iaitu Tokyo, Osaka dan Kyoto.Selain dari itu, Pulau ini juga terkenal dengan sejarah perubahan dari edo period ke meiji period, di mana lahir nya pelopor-pelopor cendekiawan Jepun yang berjaya mengubah Jepun menjadi sebuah negara yang disenangi ketika ini!!
Kyushu(九州)
Bertepatan dengan nama nya 九(kyu)=sembilan,州(shu)=Shikoku(四国)
Shikoku merupakan pulau yang terkecil sekali jika dibandingkan dengan Hokkaido,Honshu dan juga Kyushu.
Bersamaan dengan namanya 四(Shi)=Empat, 国(koku)=negara, Shikoku adalah sebuah wilayah yang terhasil melalui gabungan 4 negara (pada masa dahulu) iaitu Ehime, Tokushima, Kagawa dan Kochi. Shikoku juga terletaknya Aoshima Island ( Cat island ) , di mana populasi kucing nye melebihi penduduk, dan dianggarkan populasi kucing bersamaan ratio 10:1 dengan penduduk di pulau itu !!!
No comments:
Post a Comment