Monday

We Got Married

Assalammualaikum readers.. :)

Alhamdulillah pada sabtu minggu lepas, 15 september 2018 bertempat di Masjid Ubudiah,dengan sekali lafaz kami berdua sah menjadi suami isteri. Syukur ke hadrat Ilahi and happy sangat sangat semuanya berjalan dengan lancar dan majlis esoknya juga dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan rakan :)












 Penat tau bersungguh-sungguh gubah dulang hantaran tu.. Hohoho.. Belah perempuan tema dulang nya putih kuning manakala belah lelaki pula tema merah hati.. :) Hantaran dulang bilangan nya tujuh berbalas sembilan.. siap ada tepak sireh dan sireh junjung.. hihi..


The next day, majlis bersanding pula berlangsung di SMJK Tsung Wah,Talang dan kami bersiap-siap dahulu di Butik Pearl Wedding.. :) Selepas selesai berdandan di butik, kami bergerak ke Ruby Homestay untuk berarak bersama dengan rombongan ke dewan majlis. Setibanya di dewan, melihat suasana dewan yang meriah dengan kehadiran saudara dan rakan -rakan, tiba-tiba rasa nervous dan malu plak nak masuk bersanding. Hihihi.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari persandingan berakhir dengan gembira.


 Masa hari majlis memang hari Malaysia sebab semua kaum hadir meraikan majlis pada 16 september masa itu.. hihi.. seronok dapat angpau banyak dari saudara belah Cina.. Siap ada tea ceremony lagi ..!! Seronok popo kung kung masa itu..






Terima kasih kepada ibubapa, sanak saudara, teman rapat especially Sapphire Baits dan pihak pihak lain yang terlibat dalam membantu melangsungkan hari perkahwinan kami secara gilang gemilang.. <3

Sebenarnya masih menunggu Kak Jasmine, photographer kami untuk memberi gambar-gambar hari perkahwinan tetapi masih lagi dalam proses pengeditan, jadi perlu tunggu untuk gambar-gambar nya.. hihi.. tak sabar sangat-sangat nak lihat album yang telah siap nanti.. :)

Doakan kebahagiaan kami dan sekeluarga ye happily ever after hingga ke anak cucu and even ke jannah.. hihihi.. :) I Love My Family.. <3 <3 <3

No comments: